Klik Sini

Nov 10, 2011

0
Komen

Chef Wan Terluka Tindakan Anak Chef Riz

Anak Menipu Resume: Chef Wan Terluka Hati
KUALA LUMPUR – Dalam satu sikap yang boleh dikatakan sebagai cukup profesional untuk seorang bapa, Chef Wan hari ini menzahirkan beliau kecewa dengan sikap anaknya, Chef Riz yang menipu resume dirinya dalam program Masterchef Malaysia.

Beliau tidak mengambil sebarang pendirian untuk mempertahankan Chef Riz.
Menurut Chef Wan, beliau melihat kejadian itu bukan sahaja memalukan anaknya, tetapi diri beliau dan seluruh keluarga.
Beliau juga meminta kepada anaknya agar memohon maaf kepada masyarakat negara ini atas perbuatan yang boleh disifatkan sebagai tidak bijak.


“Saya memberitahu dia malam tadi, apa yang berlaku itu adalah lebih buruk daripada seorang guru yang menangkap anak muridnya menipu dalam kelas.
“Sebagai seorang dewasa, dia sepatutnya menjadi role model kepada kanak-kanak, ‘shame on him’ ,sekarang hendak buat apa, nasi sudah menjadi bubur,” katanya melalui status Facebook di Chef Wan Fan Club.
Chef Wan berkata, anaknya mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada orang-orang yang tidak senang dan timbul penyakit PHD (penyakit hasad dengki).
Katanya, tindakan Chef Riz mengubah resume dirinya hanya membuka ruang kepada orang-orang yang kurang senang untuk mengenakannya.
Chef Riz dikesan menipu dalam resume dengan mengaku pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.
Bagaimanapun, Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.
Selepas kantoi, Chef Riz telah mengubah kandungan resume itu dengan meletakan setakat pernah menjadi pelatih di kedua-dua restoran ternama itu.
Sumber-Sumber Yang Berkaitan

Haih klo mcm ni lah..sampai bila Malaysia nak maju..ini dinamakan menipu diri sendiri..haih..nak buat macam mana benda dah jadi..kesian Chef Wan baru terkena dalam Program Masterchef dengan anak sendiri..apa-apa pun Chef Riz masih merupakan chef yang terbaik..


0 comments: