Klik Sini

Nov 10, 2011

0
Komen

Isteri Johan Raja Lawak Gugur Dua Kali...??


KUALA LUMPUR – Sebagai seorang penghibur dan pelawak, Johan sentiasa ceria di hadapan mata masyarakat.
Namun, jauh di lubuk hatinya dia agak kecewa kerana keinginannya untuk menambah cahaya mata tidak tercapai.
Isterinya, Ozlynwati mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam tahun ini sahaja.
“Dalam tahun ini, Ozlyn sudah dua kali keguguran kerana terlalu aktif dan ketika itu dia juga selalu ikut saya ke gym.
“Sudah tentu saya sangat sedih kerana impian saya mahukan 12 orang cahaya mata seperti adik beradik saya.
“Anak adalah harta yang sangat berharga, namun saya percaya belum ada rezeki untuk kami menambah cahaya mata,” katanya baru-baru ini.
Dia bagaimanapun tabah dan menganggap perkara tersebut sebagai ketentuan Allah.
Johan kini lebih berhati-hati untuk melibatkan Ozlyn dalam setiap aktiviti yang dilakukannya.

0 comments: